Drama : Keluarga Baha Don Season 2
Produksi : Anomalous Films Sdn Bhd
Pengarah : Kye Faris
Penulis Skrip : Fairul Nizam
Siaran : Viu
Mula Tayangan : 3 Disember 2020
Durasi : 30 minit
Pelakon : Remy Ishak, Melissa Campbell, Jihan Muse, Susan Lansketer, Khir Rahman, Sharifah Alesya, Othman Hafsham, Sabri Yunus, Namron, Razak Ahmad, Indi Nadarajah, Alvin Wong, Amy Mastura
Keluarga Baha Don kembali dengan musim kedua, kali ini keadaan makin kecoh bila Jo (Remy Ishak) dan Mat (Khir Rahman) tiba-tiba menghilangkan diri.
Suzy Faye (Melissa Campbell) dan Mama Don (Susan Lansketer) cuba membuat laporan polis malangnya ditolak kerana tiada bukti yg kukuh. La Polizia hanya akan memulakan siasatan selepas cukup 24 jam.
Secretary Hui pula terperangkap di Buddhist Temple tanpa diketahui ahli sekutu yg lain. makanya Mama Don bersama Suzy Faye terpaksa bertindak mencari Jo dan Mat dengan klu yg diberikan oleh La Polizia.
Mama Don merasakan ahli sekutu yg lain tidak hormat lagi dengan keluarga Baha Don selepas suaminya meninggal dunia. Mama Don meminta bantuan brother Kok untuk menyerang ahli sekutu yg lain seterusnya menyelamatkan Jo dan Don.
sekutu Baha Don telah berpecah belah kerana mereka tidak tahu yg Jo telah hilang menyebabkan keadaan menjadi bertambah rumit akibat salah faham. Brother Kok tersisih daripada sekutu yg lain bila mereka menyangkakan Jo sebelahkan Brother Kok.
Madam Mendoza, Talal al Halal (Razak Ahmad) dan Awang Kebas (Namron) cuba sabotaj bisnes Baha Don dengan mengurangkan bekalan beras dan daging di pasaran. lain pula yg jadi bila bisnes seafood Brother Kok pula yg laku keras. Mereka terpaksa mencari idea lain untuk menjatuhkan Jo yg disangka telah berpaling tadah dari organisasi.
Dalam Musim 2, ada banyak watak baru yg diperkenalkan macam Bah Botani (Tony Eusuff) yg juga ahli sekutu Baha Don tapi tak pernah datang meeting sebelum sebab rumah dia jauh dalam hutan.
sebenarnya Mat dan Jo tidak diculik tapi mereka telah dibawa untuk bertemu seseorang yg penting dalam hidup mereka. siapa tu? haa itu kena tengok sebab sis tak nak bagi spoiler kat sini..hehe
Jo mempunyai misi baru sekarang iaitu untuk mencari dan menghapuskan semua ancaman terhadap keluarga Baha Don, jika berjaya Jo boleh teruskan cita-citanya untuk menjadi chef seumur hidup. selain itu juga dia kena menyatukan sekutu Baha Don yg telah berpecah belah akibat salah faham.
Mat pula boleh dilantik menjadi ketua organisasi Baha Don sekiranya berjaya menghapuskan perangai buruk dan berubah menjadi seorang yg matang dan bertanggungjawab. Berjayakah Jo dan Mat melaksanakan misi mereka?
Ucu Don (Sharifah Alesya) pula dah larikan diri dari rumah dan tinggal dalam karavan. Ucu semakin obsess menghasilkan Happy Tea dan Happy Cake yg dapat menggembirakan orang. Mama Don cuba mencari jalan untuk berbaik dan memujuk Ucu pulang ke rumah.
Kesuma (Jihan Muse) berjaya kembali ke Malaysia selepas dilempar ke Mongolia oleh Madam Mendoza. selepas peristiwa perit tersebut, Kesuma sudah berputus asa untuk mempertahankan cinta agungnya dengan Jo.
Kesuma kini mahu fokus dengan bisnes penghantaran makanannya, Kangaroo Food dan bercita-cita mahu mengembangkan bisnesnya ke pasaran dunia.
first, aku nak cakap benda yg aku tak suka dengan musim kedua ni. permulaan drama memang best dan kelakar tapi bila masuk episode 4/5, jalan ceritanya agak draggy. foul language tu ok lagi tapi part yg aku tak suka bila banyak sangat benda lucah nak diselitkan dalam drama ni.
hubungan Jo dan Suzy masih lagi tahap malu-malu kucing dalam musim pertama. masuk musim kedua banyak pula scene bilik tidur dan tak habis pasal seks. tak boleh blah Mama Don ajak geng mak jemah dia dok menyembang benda lucah. WTF! topik ni nak dijadikan sembang santai, sorilah aku tak rasa kelakar dan aku tak open minded bab ni.
sebab tu, aku rasa beberapa episode macam membazir bila sampai klimaks cerita terus tamat. so team produksi memang dah plan nak buat season 3 ke macam mana ni?
tolak scene yg tak suka, banyak sebenarnya scene kelakar memandang drama ni bergenrekan komedi. paling best bila tengok Mark Adam dan Khir Rahman. dari musim 1 lagi Angelito ni tak boleh diharap. lain yg Mat suruh lain pula yg dia buat.
Mat cuba berubah tinggalkan perangai buaya darat dan perangai buruk dia yg lain tapi boleh pula si Angelito bawa perempuan seksi menggoda Mat yg mahu bertaubat. banyak betul dugaan dan cobaan Mat bila orang sekelilingnya tak membantu sampailah Mat ketemu dengan wanita penyelamat hidupnya.
8 Comments
Terima kasih atas perkongsian jalan cerita drama ini :)
ReplyDeletecerita yang menghiburkan
ReplyDeleteMark Adam dan Khir Rahman tu satu gandingan yang menarik.. mesti kelakar.. tapi kalau banyak sangat perkara lucah, boleh mengganggu perjalanan cerita..
ReplyDeletemusim ni lagi kelakar kak sha tapi ada 2/3 episode tu yg saya tak suka sangat sebab banyak pula benda lucah
DeleteBest tengok drama ni. Terbaik gabungan semua pelakon.
ReplyDeleteSeason 2 ni sampai episod 10 juga ke? Mcm gantung lah cerita dia bila Jo jumpa Bobby tu😔 apa kesudahannya?? Harap2 ada season 3 utk 2021 ni. Best storyline drama ni, semua pelakonnya lagi ngam👍🏻.
ReplyDeleteending dia memang tergantung macam tu. tak dengar pula ada sambungan, harap adalah musim 3..
DeleteHi.. assalamualaikum yup the story line best la but xsesuai la utk golongan bawah 18, byk perkataan yang xsepatutnya guna kann
ReplyDelete