Review Drama | Cursed in Love (2020)


Title : Watashitachi wa Douka Shiteiru
Another Title : Cursed in Love
Director : Inomata Ryuichi, Akashi Hiroto, Komuro Naoko
Screenwriter : Eto Rin
Network : NTV
Aired : 12 August 2020 - 30 September 2020
Episodes : 8
Duration : 45 minutes
Cast : Hamabe Minami, Yokohama Ryusei, Takasugi Mahiro,
Mizuki Alisa, Yamazaki Ikusaburo, Sano Shiro, Kiishi Yukino

dah lama juga tak tengok drama jepun, aritu ada ternampak kat youtube yg ramai recommend drama ini. baca komen pun ramai yg puji melambung dan pendek pula episodnya jadi cubalah tengok.

Watashitachi wa Douka Shiteiru  mengisahkan Hanaoka Nao yg sangat meminati bidang traditonal japanese confectionary atau kuih manisan jepun. Nao mewarisi skill membuat manisan daripada ibunya.


sewaktu berusia 6 tahun, Nao dan ibunya yg merupakan ibu tunggal tinggal di Kogetsu An iaitu kedai yg terkenal dengan kuih manisan jepun berusia beratus tahun. sementara ibunya bekerja, Nao rapat dengan anak tuan rumah yg sebayanya bernama Tsubaki.

Suatu hari, bapa Tsubaki mati dibunuh, Tusbaki menuduh emak Nao adalah pembunuh sebab dia ternampak bapa dia dan mak Nao bersama pada malam kejadian. kerana tragedi tersebut, emak Nao dipenjarakan dan meninggal dunia tak lama selepas itu, Nao pula dihalau keluar dan tinggal di rumah anak yatim.

selepas 15 tahun, Nao dan Tsubaki bertemu kembali bila kena buat manisan untuk client yg sama. Tsubaki memang tak kenal Nao tapi Nao masih ingat lagi Tsubaki. nama sebenar Nao ialah Sakura, itu antara sebab juga Tsubaki tak dapat nak cam Nao. 


yg menarik juga, bila Tsubaki tiba-tiba ajak Nao kahwin dan Nao dengan tak fikir panjang terus setuju. Nao tu boleh faham juga sebab dia nak balas dendam tapi Tsubaki tu, baru jumpa Nao beberapa jam boleh ajak stanger kahwin dah kenapa. serius tak faham macam senang sangat nak ajak kahwin.

lepas tengok first episode, aku rasa drama ni menarik juga sebab nak tahu siapa pembunuh sebenar bapa Tsubaki dan kenapa Tsubaki yakin giler yg emak Nao pembunuh. nak tahu juga apa yg rancangan Nao untuk balas dendam pada Tsubaki dan Kogetsu An.


permulaan memang menarik tapi bila masuk episode kedua terus rasa lemau nak tengok drama ni sebab watak heroinnya tak consistent langsung. 

memula cakap nak balas dendam lepas tu bila kembali semula ke Kogetsu An, nampak yg Nao lagi bersemangat nak belajar pasal manisan dan nak kembalikan semula rasa Kogetsu An yg telah hilang. padahal dia ada kelebihan untuk sabotaj dan lingkupkan bisnes Kogetsu An.

sepatutnya watak Nao lebih kuat nak hadap semua cabaran tapi apa yg aku nampak heroin dia lembik dan asyik menangis setiap episod, tak habis kena buli dengan mak Tsubaki, langsung tak reti nak protect diri sendiri. konon menyampah dengan Tsubaki tapi bila berdepan dengan Tsubaki senang sangat nak menyerah diri.

seriusly aku tak faham apa yg Nao ni nak buat sebenarnya, watak Nao ni jenis yg cakap tak serupa bikin. 


Tsubaki pula pewaris Kogetsu An tapi ada konflik dengan datuk dia disebabkan dia bukan pewaris yg sah. Tsubaki ni sebenarnya anak mak dia dengan skandal lain, itu yg datuk dia tak boleh terima. pun begitu, Tsubaki cuba yg terbaik dalam setiap manisan yg dia hasilkan untuk pertahankan nama bisnes keluarga.

Nao pun bila tahu perkara ini, jadi kesian juga sebab hidup Tsubaki tak bahagia macam yg dia bayangkan selama ini. Nao cuba perbaiki hubungan Tsubaki dengan datuk dia. Tsubaki ada juga ragu-ragu dengan identiti Nao sebab dia nampak persamaan Nao dan Sakura tapi dia pilih untuk percaya Nao.

cuma Tsubaki punya tindakan kadang tu tak make sense langsung. contoh macam scene ajak kahwin, sampai ke sudah tak tahu apa motif dia sebenarnya. kalau sebab cinta pun, aku tak boleh relate scene mana yg buat Tsubaki terjatuh cinta dengan Nao.


boleh dikatakan semua benda terjadi berpunca daripada mak Tsubaki iaitu Kyoko, dia cuma nak pastikan Tsubaki jadi pewaris Kogetsu An yg sah.

Kyoko dari awal tak suka dengan Nao dan selalu sabotaj hasil kerja Nao. Kyoko upah orang untuk menyiasat identiti sebenar Nao. memang tak senang duduk bila tahu Nao ni sebenarnya Sakura tapi anak dia langsung tak percaya benda yg Kyoko bagitahu.

memula memang aku ingat Kyoko ni pembunuhnya tapi sebenarnya tak semudah itu jawapannya. memang tak mudah nak teka siapa pembunuh dia sebab tak nampak motif sebenar. bila tahu siapa bapa Tsubaki baru boleh nampak motif pembunuh. tapi time nak reveal pasal pembunuh tu, rasa macam tengah tengok sinetron pula.


penulis drama ni macam nak buat banyak benda dalam 8 episode tu. dendam, fake marriage, soap opera dan banyak selit budaya jepun, hasilnya macam tak ada arah tuju. 

aku confius tau Nao ni sebenarnya nak balas dendam ke atau nak jadi master dalam bidang  traditonal japanese confectionary. yg aku nampak watak Kyoko yg penuh dengan rancangan jahat nak kenakan heroin yg bodoh.


benda yg aku suka tengok dalam drama ni rasanya kuih manisan yg diorang buat. setiap kuih yg dibuat penuh teliti dan ada maksud tersirat. memang cantik bentuk luaran, teringin juga nak cuba rasa satu..hehe

Post a Comment

8 Comments

  1. Masa kecik kecik dulu memang in dengan drama jepun. Oshin la, rin hanekoma, maero attack

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu banyak juga drama jepun kat tv, sekarang ni banyak drama melayu je lah. bosan nak tengok tv..haha

      Delete
  2. i paham bila ckp mcm tgk sinetron ! i masa tgk handsome siblings tu i rasa mcm i tgk sinetron juga ..geram betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tak tahu macam nak describe scene tu tapi kalau pernah tengok sinetron maybe boleh faham..stress! haha

      Delete
  3. nampak menarik la cerita ni tapi tang watak yang slow mcm heroin tu rasa mls plak nk tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain yg dia cakap, lain pula yg dia buat. tak suka heroin dia..

      Delete

  4. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. drama jepun sy x layan tapi kalau anime yes hehehe

    ReplyDelete