Title : Assalamualaikum Calon Imam
Director : Indra Gunawan
Screenwriter : Evelyn Afnilia, Alii Farighi
Network : Viu
Release Date : 6 November 2019
Episodes : 13
Duration : 47 minutes
Cast : Mentari De Marelle, Miller Khan, Baskara Mahendra,
Kezia Aletheia, Putra Dinata, Fergie Brittany, Dwi Surya, Ray Sahetapy
Sebelum ni ada tertengok sikit drama Assalamualaikum Calon Imam tapi masa tu tak rajin nak follow sinentron walaupun diterbitkan oleh Viu. lepas habis tengok The Bridge 2, terasa nak tengok balik sebab ada Miller Khan. boleh tak..hahaha
first time tengok Miller berlakon dalam The Bridge pelik giler dengar dialek dia, sekejap cakap Indonesia satgi bunyi KL. nampak macam gangster yg tengah ada krisis bahasa kat situ. but then baru tahu yg dia orang Malaysia. kalau tak tengok The Bridge memang tak tahulah pasal Miller ni sebab bahasa Indonesianya sangat pekat.
Assalamualaikum Calon Imam mengisahkan Fisya (Mentari) yg menyimpan perasaan pada Jidan sejak kecil lagi. Fisya dan Jidan belajar dalam jurusan farmasi di tahun yg berbeza, ramai kawan sekampus yg menyangka mereka bercinta melihat keakraban mereka berdua.
Fisya patah hati apabila dapat tahu yg Jidan mahu melamar kakaknya Salsya. sejak itu Fisya mengelak daripada bertemu dengan Jidan.
Suatu hari, Fisya membantu mangsa kemalangan jalan raya tapi ambulans lambat tiba disebabkan jalan yg sesak. Fisya tanpa menunggu lama terus menahan kereta kebetulan pula Alif (Miller) lalu di situ terus menumpangkan Fisya dan mangsa kemalangan.
Alif sebenarnya seorang doktor dan pensyarah sambilan kebetulan pula kena ganti pensyarah kelas Fisya. first day masuk mengajar, Fisya dah kena halau sebab lupa bawa homework. garang betul lecturer ni.
tak pasal kena denda buat assigment banyak giler. Fisya pelik juga kenapa dia dapat assignment lebih daripada pelajar lain, lepas tu setiap minggu kena jumpa Pak Alif pula tu. tapi Fisya tak kisah sangat sebab dia tengah patah hati dengan Jidan, at least dapat sibukkan diri dengan tugasan yg ada.
satu kebetulan lagi, Alif juga kenalan rapat Nayla dan Kahfa iaitu kakak tiri Fisya dan suaminya. mak dan ayah Fisya dah lama bercerai, Fisya ni ada konflik sikit dengan bapanya.
sewaktu majlis pertunangan Salsya dan Jidan, mereka bertemu sekali lagi. sejak itu hubungan Fisya dan Alif makin rapat sampai suatu saat, Alif masuk meminang Fisya secara mengejut. Fisya pula dalam dilema dan biarkan lamaran Alif tergantung sepi tanpa jawapan.
tak lama selepas itu Fisya terima lamaran daripada Alif untuk menunaikan hasrat terakhir bapanya yg sedang sakit yg mahu melihat Fisya berkahwin.
selepas berkahwin Fisha belajar untuk mencintai Alif walaupun perwatakan dan umur mereka sangat jauh berbeza. Fisha semakin bahagia dengan layanan baik Alif padanya. lain pula rumah tangga Jidan dan Salsya yg mula ditimpa krisis apabila Salsya sedar yg Jidan sebenarnya mencintai adiknya sendiri.
Alif seorang yg baik tapi dengan student bukan main garang dan tegas, isteri sendiri pun tak dapat layanan istimewa. sebenarnya dari pertama kali bertemu lagi, Alif dah jatuh cinta dengan Fisya, itu yg sengaja bagi assignment berlambak pada Fisya supaya ada alasan untuk bertemu.
scene yg aku suka bila Alif tolong Fisya buat tesis tapi esoknya di kampus habis kerja Fisya kena pangkah alasannya tak ada rujukan sahih. padahal sendiri yg buat sendiri yg pangkah, sengal betul. bak kat Fisya suami dia ni ada multiple personality..haha
watak Miller sangat jauh berbeza dengan The Bridge, dalam drama ni watak dia jenis yg alim warak dan solehah gitu. semua tatu kat tangan dan leher Miller kena cover sesuai dengan wataknya yg taat agamanya so nampak suci dan bersih sikit dalam cerita ni.
Jidan ni pula watak yg aku paling menyampah, nak isteri yg sempurna, yg tinggi ilmu agamanya sebab tu dia nampak Salsya sebagai calon isteri sempurna. tapi bila Fisya selalu mengelak daripada dia dan rapat dengan Alif mulalah nak cemburu tak tentu pasal.
benda paling bodoh Jidan buat bila waktu akad nikah boleh tersasul sebut nama Fisya, mahu Salsya kat sebelah tak terasa hati. lepas berkahwin asyik sibuk hal Fisya daripada isteri sendiri. macam tak hairan Salsya yg selama ini selalu tenang boleh frust sampai minta cerai.
tak ada siapa pun yg paksa Jidan buat keputusan so bertanggungjawablah dengan pilihan sendiri. kakak kau dapat, adiknya pun kau nak. tamak betul ini orang. cuba bayangkan kalau drama ni dalam format sinentron, dari awal lagi aku pangkah si Jidan sebelum kebodohan dia bertambah kuasa dua.
selain Alif, watak Jiad ni juga favourite aku. Jiad ni kawan baik Jidan juga Fisya. Jiad sendiri terkejut bila Jidan bagitahu nak melamar Salsya sebab semua orang boleh nampak hubungan Fisya dan Jidan lebih daripada kawan.
walaupun Jiad agak gila-gila tapi bila bagi nasihat sangat deep. banyak kali juga Jiad cuba sedarkan Jidan tentang pilihannya. bak kata Jiad, jangan menilai agama seorang perempuan tu pada tudungnya. tak semestinya yg pakai tudung yg nampak sempurna, calon pilihan terbaik. pokok pangkalnya hati sendiri dulu.
Jiad dari awal suka Rachel yg juga kawan baik Fisya. banyak kali juga Rachel tolak Jiad sebab Rachel ada isu keluarga juga. ibu bapanya berlainan agama dan banyak bercanggah pendapat, kesannya anak-anak yg jadi mangsa tak tahu pegangan mana nak ikut. last sekali Rachel terima juga sebab Jiad boleh terima segala kekurangannya dan bimbing Rachel mendalami Islam. ini baru betul calon imam terbaik.
cerita Assalamualaikum Calon Imam sangat menarik, konflik yg ada pun tak draggy kira nice pacing dia. gandingan Miller dan Mentari pun mantap, tanpa babak terlebih mesra pun dah nampak mereka serasi dan comel giler.
walaupun kisah kahwin paksa ni macam berlambak je dalam drama melayu tapi bagi aku ada kelainan sikit dari drama siri Viu yg lain yg kebanyakan lebih urban moden tapi drama ni lebih kepada kisah cinta islamik. indonesia sepatutnya lebih banyakkan drama siri pendek macam ni daripada buat sinetron beribu episode.
41 Comments
another storyline falling in love with you best friend.. i suka cita mcm ni
ReplyDeleteTapi dia kahwin dgn lecturer dia..haha
Deletebest baca review Tiara. hehe masa baca jadi ikut tertarik dgn karakter2 dalam drama ni.
ReplyDeleteSpeechless MK bawa watak macam ni. Somehow it is unexpecyed. Apa2pun yg jadi heroin tu cantik senyuman dia.
Kita terikut geram dgn watak Jidan bila baca review ni. Ada juga lelaki macam tu.
Nanti nak carilah dekat Viu bila berkesempatan. ^^ Plus, kita setuju dengan pandangan Tiara, drama Indonesia (sinetron) boleh dikatakan better beralih arah ke versi macam ni
Thank you cik Roxa 😘😘😘
Deletemakin sedap pulak drama Indon skrg ni, kan?
ReplyDeleteDrama terbitan viu ni banyak yg best abam kie 😊😊
DeleteSuzie pn minat tgk cerita indonesia..dulu tgk cerita xfaham bahasa dia..bila dh rajin tgk baru faham apa dia cakap..😊🤗🤭
ReplyDeleteTgk subtitle..haha. Tapi tak susah sgt nak faham bahasa indonesia cuma kalau diorang guna loghat daerah memang tak faham laa..haha
DeleteHahahaha diorang pun sama macam Bollywood, dah buat drama pendek macam ni instead of drama sampai 1000 episod. Kesian jugak ea jadi Salsya tu. Malang lah kahwin dengan lelaki macam tu. Hidup tak tenang.
ReplyDeleteDrama pendek lagi best, tak merapu sgt..haha
Deletedetailnya sinopsis maam mama tengah tgk cerita ni pula tq for sharing ye tiara
ReplyDeleteTerima kasih juga sudi membaca mama 😘😘😘😘
Deletewahh viu ada sinetron rupanya. nice juga
ReplyDeleteAda tapi bukan drama sinentron macam tayang kat tv3 tu la..hehe
DeleteLepas Tiara review, Naim macam nak mencari siri Indonesia ini kerana dah lama tak menonton siri dari Indonesia ini hehe
ReplyDeletewah.. 13 episod je.. mesti just nice je perjalanan cerita dia kan..
ReplyDeletememang nice :)
DeleteAlahai dah lama akak tak menonton drama Indonesia..asyik duk tengok drama Korea jer..okay nanti nak tengok laa cerita ni
ReplyDeletenampak menarik ni :)
ReplyDeleteKeputusan GA dah keluar :)
https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html
dulu masa kecik kecik rajin layan sinetron yang berlambak episod tu tapi bila tau latest drama diorang yang best-best macam ni rasa macam nak layan balik cerita indonesia haha
ReplyDeleteBiasa kalau drama yang feature di VIU atau Netflix mmg semua best2. Biasa sis tonton mana yg viral dan dpt liputan media. Btw cite ni macam sonok utk ditonton.
ReplyDeletebetul..drama di viu banyak yg best. selalu juga tertunggu-tunggu drama baru diorang..hehe
DeleteDiela dah lama tak tengok drama indonesia,nanti nak tengok la cerita ni ..tq for sharing :)
ReplyDeletemcam best drama indonesia ni.. nanti boleh tengok ni hihihi...
ReplyDeleteDah lama tak tengok drama Indonesia. Macam kena tengok cerita ni sebab tiara review best je ☺️
ReplyDeletecite macam best. betullah kita ni hanya merancang. yang kita suka tak semestinya baik untuk kita. Allah sebaik perancang
ReplyDeleteHahaha kelakar part 'gangster yang ada krisis bahasa tu''. Saya dah jarang tgk drama/filem Indonesia sekarang jadi memang tak berapa familiar dgn nama2 ni.
ReplyDeleteDah nampak dah kat VIU tapi tak tengok lagi..
ReplyDeleteNanti boleh juga tengok sebab tertarik dengan tajuk dia tu..
Favorite genre dari seberang... Lagi2 ada Miller.. Boleh tengok ni.. Thanks for the suggestion ya 👍
ReplyDeleteI love dramas with storyline like that, I've always been the gedik type that loves romance.
ReplyDeletenmpk best jer drama ni and omg the actress looks so pretty! cant wait to watch this movie
ReplyDeleteBaca tajuk aje dah menarik. Ni buat mereka yg single & available mesti lagi syok layan cerita Assalamualaikum Calon Imam ni kan. Tq share review. Moga kita dijauhkan dgn orang mcm Jidan tu. Suka judge book by its cover. Tamak haloba pulak tu
ReplyDeleteWahhh dah masuk drama Indonesia sekarang ni heheheh menarik ker kita jarang tengok sinatron Indonesia ni hehehe cuma yang dulu-dulu siri panjang giler tak habis-habis episodnya...
ReplyDeleteislamic base ya.. menarik ni. setuju lagi better drama yang episodnya yang tidak terlalu panjang tapi konten terbaik daripada drama panjang2 dgn kdg conflict yng entah apa2. cerita panjang2 dengan yang conflict yang nda abis2 bosan juga kena lagi dgn style sy mmg nda suka trlampau banyak drama memang tidakla mau layan hehehe
ReplyDeleteoh nice for you to intro Assalamualaikum Calon Imam to us. can catch it during this long weekend with fam
ReplyDeleteDengar macam menarik je jalan cerita dia.
ReplyDeleteBoleh tengok ni kn.
Nice sharing ni. Terima kasih Tiara :)
ReplyDeleteBila baca review Tiara, cam best pulak citer ini. Nnti nak tengok kat Viu lah 😍
ReplyDeleteOkay cambest. Boleh tengok kat viu nanti. Lama tak tengok cerita dari seberang sana.
ReplyDeleteDah macam keluarga 69 plak kan. Kahwin kakak tapi sayang adik. Dah kenapa ye tak? Gitu la selalunya, mesti nampak hak orang lagi best dari milik diri tu
ReplyDeleteI love Indonesia drama so much and I can really watch it from day to night
ReplyDelete