Telemovie : Gadis Kosmos
Produksi : Lumatic Films Sdn Bhd
Pengarah : Razaisyam Rasyid
Penulis Skrip : Nazri M Annuar
Siaran : Astro Citra & Mustika HD
Tayangan : 9 Disember 2017
Pelakon : Beto Kusyairy, Redza Minhat, Mimi Lana,
Amerul Affendi, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Aloy Paradoks
Gadis Kosmos adalah pelengkap kepada kesinambungan kisah Kekasih Elektrik dan juga Aku, Mawar & Makhluk Asing. Dalam telemovie Gadis Kosmos, Bart dan Amri mempunyai masalah dalam hubungan mereka, kemudiannya bertemu dengan Lily si Gadis Kosmos.
Bart Ahmad (Beto Kusyairi) telah putus tunang dengan Mawar dan belum boleh move on, kesannya Bart mengalami kesukaran untuk tidur. Amri (Redza Minhat) pula mempunyai masalah dengan isterinya Puspa dan makin stress bila dia kembali ke dalam fasa writer block selepas kejayaannya menerbitkan buku kedua.
Suatu hari, Bart terjumpa Lily (Mimi Lana) yg beritahu dia sebenarnya berasal dari angkasa lepas. mulanya Bart tak berapa percaya dengan Lily iyelah jumpa pun kat rumah sakit jiwa, nak expert apa lagi. tapi lepas try ayat hikmat yg Lily ajar terus Bart boleh tidur dengan lena malam tu. Bart percaya yg Lily ada kuasa istimewa.
masalah Bart sekarang ni adalah syarikat penerbitannya hampir muflis kerana berhutang dengan bank. Amri yg merupakan penulis bawah Bart pula tak dapat membantu bila Amri sendiri mengalami kesukaran untuk menghabiskan novel yg seterusnya. Bart minta Amri berjumpa dengan Lily untuk selesaikan masalahnya.
Amri tak sangka selepas melayan minah senget tu, dia dapat menulis tiga mukasurat tapi lepas tu terus sangkut balik idea. so Amri dan Bart percaya cuma Lily sahaja yg dapat membantu Amri untuk menyiapkan novelnya.
misi Amri dan Bart sekarang ialah mereka perlu mengeluarkan Lily dari rumah sakit jiwa dan menghantar Lily pulang ke tempat asalnya.
my favourite scene dalam Gadis Kosmos ni apabila mereka merancang untuk melarikan Lily dari rumah sakit jiwa. penat gelak, bila si Saiful buat rancangan bukan main gempak sekali pada hari kejadian habis semua benda jadi tunggang langgang. adoi..haha
Persoalanya betul ke Lily ni gadis kosmos yg ada kuasa luar biasa? Adakah Amri dapat menyiapkan novel ketiganya dan seterusnya membantu syarikat penerbitan Bart yg berada di ambang muflis?
moral of story Percaya Itu Kuasa. bila kau percaya dengan diri sendiri tak mustahil semua masalah yg ada dapat diselesaikan dengan mudah.
antara tiga telemovie ini, Gadis Kosmos ni menjadi favourite aku sebab plot dia lagi menarik dan banyak benda yg tidak dijangka berlaku. barisan pelakon dalam telemovie ni memang mantap dengan gandingan Beto dan Redza Minhat, ditambah pula watak Saiful dan Bob yg banyak membantu menaikkan mood humor tu. bila bergabung berdua memang best.
18 Comments
Belumm tgk lagi heheh . nanti saya tgk XD
ReplyDeletenampak menarik, lagi-lagi sebab ada Beto :D
ReplyDeleteyou review buat i nak tgk la! wait for my review plak :)
ReplyDeleteim waiting..hehe
DeleteIni telefilem lama ni. Tapi lama dah tak tengok Beto berlakon kan. Harap dia ada comeback nanti
ReplyDeletedia ada movie baru keluar kat iflix, try la tengok..hehe
DeleteBeto berlakon tak pernah mengecewakan. Dah lama juga tak tengok dia di layar seni.
ReplyDeleteBaca sinopsis pun dah tergelak. Mesti kelakar gila cerita ni
ReplyDeletebeto best hehe
ReplyDeleteMcm best jer citer ni. Suka tengok Beto berlakon. Hehe
ReplyDeleteMenarik! boleh tgk nanti..
ReplyDeleteBelum tengok lagi. Ada Redza Minhat mesti best ni
ReplyDeleteItu yg nak tengok sgt, jarang dpttgk redza minhat berlakon..hehe
Deletegadis kosmo la, kekasih elektrik la.. mmg rare cerita zaman skrg
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTiga2 Ai dah tengok. Best and lain dari yang lain.
ReplyDeleteWaa citer tahun 2017. Ingatkan baru tahun lepas sebab Aku, Mawar & Makhluk Asing tu dah tngok.. Yang ni belum lagi.. Harap ada ulangan kat Astro, Beto mesti best punya
ReplyDeletekena tengok kekasih elektrik baru tengok cerita ni baru faham sikit kan.
ReplyDelete