Tajuk : Pusaka
Produksi : Alpha 47, Director Think Tank
Pengarah : Razaisyam Rasyid
Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Alfie Palermo, Zulaikha Zakaria,
Natasha Azlan, Luqman Ghazali
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
Durasi : 94 minit
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein,
Fauziah Ahmad Daud, Aleza Shadan, Yuna Rahim
Pusaka mengisahkan Inspektor Nuar (Syafiq Kyle) berpindah balai untuk menjaga kembarnya Nur (Mimi Lana) yang mempunyai masalah ketagihan dan selalu melarikan diri dari pusat pemulihan.
Suatu hari, Nuar menerima laporan tentang bau mayat di rumah kosong terbiar dan menemui pasangan kembar Balqis dan Qismina. salah seorangnya telah mati manakala seorang lagi induced coma.
Polis mendapati pasangan kembar tersebut telah dikurung di situ hampir setahun, Qismina meninggal kerana kebuluran manakala Balqis (Sweet Qismina) masih tidak sedarkan diri dan hal ini merumitkan keadaan apabila polis tidak mengetahui motif mereka dikurung di situ.
Latar belakang menunjukkan Balqis dan Qismina merupakan anak kepada pemilik kuari terbesar di kawasan tersebut. selepas ayah mereka meninggal, semua harta diserahkan kepada nenek mereka, Puteri Najwa (Ogy Ahmad Daud) mengikut faraid.
Inspektor Nuar syak kemungkinan besar semua ni berpunca daripada perebutan pusaka keluarga. Nuar cuba menyoal siasat anak Puteri Najwa iaitu Megat Haikal dan Puan Faizah, malangnya sebelum dapat jawapan mereka berkelakuan aneh lalu meninggal dunia.
seriusly bukan Nuar je frust, kita yang tengok ni pun frust sekali sebab langsung tak nampak klu pasal kes ni, cuma boleh assume yang kemungkinan besar semua ini berpunca daripada nenek mereka.
Nuar sebenarnya sudah mula diganggu sejak menyiasat kes ini, banyak kejadian pelik terjadi di depan matanya. Dia jadi semakin tertekan apabila kes yang disiasat tidak mempunyai sebarang progress, hidup pun semakin tidak terurus apabila kerap diganggu dengan 'benda' tersebut.
Nur sebagai kembar dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Nuar dan Nur juga turut diganggu. nak tahu apa sebenarnya terjadi dan apa punca sebenar kepada misteri ni memang kena tengok sampai penghujung. menarik sebab ingatkan si opah punya kerja rupanya ada plot twist.
kualiti filem ini memang terbaiklah dan elemen seram sangat cantik buat kita yang menonton dari awal sampai habis tak senang duduk dibuatnya.
lakonan Syafiq Kyle nampak mantop dalam filem. buka Syafiq Kyle sahaja, semua barisan pelakon dalam Pusaka berjaya bawa watak masing-masing dengan baik walaupun peranan mereka kecil. overall, memang terbaiklah 👍
6 Comments
menarik! nak tgk lah ada masa nnt..tq review this movie :)
ReplyDeletei tgk dah, sedih gila bila dia asyik nak salah kan kembar dia saja :( ngs i tgk cita ni
ReplyDeletetak sempat nak feeling lebih tengok filem sebab saspen nak tahu siapa yg jahat sebenarnya
DeleteWow.. ada penyiasatan.. Nampak menarik.. Tapi seram tu.. kena amik mood dulu..
ReplyDeletesebab ada penyiasatan itu yg try tengok movie ni tapi memang seram sangat kak sha..huhu
Deletepatut mcm penah dengar rupanya mama dh penah tengok citer ni .. ok laa cite melayu
ReplyDelete