The Sleepless Princess (2020) | Review Chinese Drama


Title : The Sleepless Princess
Network : Mango TV
Broadcast Date : 30 July 2020
Episodes : 35
Duration : 45 minutes
Genre : Romance Comedy, Historical, Wuxia
Cast : Hu Yi Xuan, Zheng Ye Cheng, Lin Xin Yi, Yang Lin, Huang Can Can

lama rasanya tak tengok period drama, boleh tersangkut tengok drama ni sebab hero dan heroin dia comel. suka hero dia sebab dulu pernah tengok dia berlakon dalam cite Love O2O.


The Sleepless Princess mengisahkan Chu Yue anak kepada fortune teller macam ahli nujum negara kemudiannya dijadikan anak angkat raja selepas kematian bapanya. Chu Yue menderita imsonia dan selalu merayau-rayau sekitar istana pada waktu malam sehingga ramai pengawal menyangka istana mereka berhantu.

sebenar Chu Yue ada satu rahsia besar yg mana dia memiliki batu hikmat kepunyaan bapanya yg membolehkan dia dapat melihat masa depan ketika tidur. Chu Yue akan terkena sumpahan jika dia cuba mengubah ramalan tersebut. sebab tu Chu Yue mengelak dari tidur waktu tengah malam dan sebar khabar angin yg dia ada penyakit pelik.

kehidupan sebagai seorang puteri raja tak bahagia mana pun apabila raja selalu abai dan mengelak daripada jumpa Chu Yue. Chu Yue dikahwin dengan General Xue oleh raja yg mempunyai muslihat sendiri.


General Xue Yao seorang panglima hebat yg berjaya membawa banyak kejayaan besar kepada negara malangnya kesetiaannya diragui raja. Xue Yao cuba menyiasat kematian abangnya yg meninggal ketika bertugas di dalam istana sebab tu raja ni risau kalau Xue Yao akan berpaling tadah kalau tahu hal sebenar.

untuk menguji kesetiaanya, raja mengahwinkan Xue Yao dengan Princess Chu Yue, waktu tu kalau lelaki yg kahwin dengan puteri raja, dia tak boleh pegang jawatan dan masuk campur hal politik.

Xue Yao boleh teka agenda raja tu tapi dia tetap terima perkahwinan tersebut walaupun terpaksa lepaskan jawatan tertinggi dalam negara.


pada awal perkahwinan mereka tidak serasi. Chu Yue selalu mencari jalan untuk bercerai dan lari dari rumah General Xue kerana risau rahsianya akan terbongkar. 

Hidup Chu Yue juga dalam bahaya apabila diserang geng bertopeng yang tidak diketahui identiti mereka, tujuan mereka untuk merampas batu hikmat tersebut. Xue Yao berasa pelik juga apabila Chu Yue sering dijadikan sasaran padahal puteri itu langsung tak tahu seni mempertahankan diri.

Lama kelamaan Chu Yue mula berasa selesa dengan Xue Yao sampai dia boleh tidur dengan nyenyak tanpa mimpi buruk apabila Xue Yao berada di sampingnya. Chu Yue juga sudah jatuh hati dengan suaminya sendiri dan mula terfikir sama ada Xue Yao boleh dipercayai atau tidak untuk menerima rahsia yang disimpannya selama ini.


sebenarya aku tak habis tengok drama ni, stuck di episode 20 sebab subtitle lambat sangat keluar. time tu aku rasa ending dia macam sedih terus tengok last episode tanpa subtitle dan memang tepat tekaanku bila ending dia buat aku sakit hati. drama ni bagi open ending wei macam drama Legend of Han YunXi.

based on komen yg aku baca sepatutnya happy ending tapi broadcast tv nak ending yg sebgitu, tak tahu kenapa so ada yg bagi link untuk tengok special episode. memang happy ending tapi aku dah tak ada mood nak habiskan baki episode drama ni.

Post a Comment

13 Comments

  1. nice.. i suka accent chinese drama dari modern :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun suka juga tapi sebab episode dia panjang sgt selalu malas nak tengok..haha

      Delete
  2. Cerita cerita klasik kadang best juga tengok kan. hebat tu tengok tanpa subtitle..kira faham sendiri je lah dari lakonan dorang tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat nak tunggu subtitle, itu yg tengok juga walaupun tak faham..haha

      Delete
  3. Ala.. open ending yang tak best.. Kenapa lah tak buat happy ending je.. Baru cadang nak tengok tapi bila baca bukan happy ending terus give up.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram la..kalau tahu dari awal memang malas nak tengok..haha

      Delete
  4. Baru nak tengok. Tapi ending tak best tak mau lah. Nanti sakit hati macam drama korea scarlet Ryeo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang masih frust dengan ending scarlet ryeo :(

      Delete
  5. mama penah mcm ni gak tgk ending terus xde mood nak tgk sampai habis huhu

    ReplyDelete
  6. dulu2 suka juga layan period drama macam ni...

    ReplyDelete
  7. lama tak tengok drama cina klasik macam ni.. memang suka sangat drama cina yang zaman dulu2 ni.. :)

    ReplyDelete
  8. Hero dia ada berlakon dengan Zhou Lusi jugakkkkkkk.. Dah tgk belommm?

    ReplyDelete