Review Drama Korea | Flower of Evil (2020)


Title : Flower of Evil
Director : Kim Chul Gyu
Screenwriter : Yoo Jung Hee
Network : TVN
Aired : 29 July 2020 - 23 Sep 2020
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Cast : Lee Joong Gi, Moon Chae Won, Jang Hee Jin, Seo Hyun Woo,
Choi Young Joon, Kim Ji Hoon, Son Jong Hak, Nam Ki Ae


Cha Ji Won seorang detektif yang sangat sibuk tapi beruntung mempunyai suami yang memahami dan menguruskan kerja rumah dan juga anak mereka. Kehidupan Ji Won sangat bahagia dengan Baek Hee Sung kecuali mempunyai mertua yang tidak suka dengan dirinya walaupun pelbagai cara dilakukan oleh Ji Won untuk mengambil hati mereka.

Pelik Ji Won sebab dia dah ada anak dengan Hee Sung tapi mertua dia masih lagi melayan dia dengan dinging termasuk anaknya, Eun Ha. sebenarnya Ji Won tak tahu keluarga Hee Sung mempunyai satu rahsia besar. 


pekerjaan Ji Won sebagai polis yang membuatkan Baek Man Woo dan Gong Mija tak boleh rapat dengan menantunya. Mereka selalu memberi amaran kepada Hee Sung kerana takut rahsia keluarga mereka terbongkar. rahsia apakah itu? jeng..jeng..jeng..


Baek Hee Sung sebenarnya adalah Do Hyun Su, anak kepada pembunuh bersiri Do Min Seok. Selepas kematiannya, dia menderita kerana dituduh bersubahat dengan bapanya melakukakan jenayah. Hal ini kerana, pisau yang digunakan untuk membunuh dijumpai dalam beg sekolahnya. namun kes tersebut tak dapat diselesaikan dan Hyun Su juga telah melarikan diri daripada kampungnya.

Hyun Su terlibat dalam kemalangan dan Baek Man Woo telah memberi identiti baru kepadanya iaitu Baek Hee Sung, anak lelaki tunggal kepada Baek Man Woo dan Gong Mija. Hee Sung bekerja sebagai metal craftman kemudiannya bertemu dan berkahwin dengan Cha Ji Won.


dari first episode lagi tak senang duduk tengok drama ni, takkan hero dia bunuh orang kot. lagi bertambah saspen bila Hee Sung bertemu semula dengan kawan sekolah dia yg kini bekerja sebagai wartawan iaitu Kim Moo Jin.

Kim Moo Jin singgah ke kedai tu nak cari Baek Hee Sung tapi dah cuak bila jumpa Do Hyun Su. lagi bertambah cuak bila Moo Jin kena kurung di basement rumah Hee Sung. Hee Sung kemudiannya dapat tahu Kim Moo Jin tengah gali balik kes lama dia dulu.

malang tak berbau, bila ada satu kes pembunuhan yang menggunakan cara sama macam kes Do Min Seok dan semua bukti point kepada Do Hyun Su. time ni lah Moo Jin buat tawaran pada Hee Sung untuk bekerjasama cari pembunuh sebenar dan bersihkan nama Do Hyun Su sebab Moo Jin tahu Hee Sung tak salah plus ini je cara dia nak lepaskakan diri dari kurungan.


aku tak suka sangat cara Cha Ji Won buat kerja sebagai polis sebab dia tak boleh kawal emosi. lepas tu Ji Won cuma percaya dengan benda yg dia nampak, kalau takde kena mengena dengan kes jangan harap dia nak siasat. bila tahu identiti sebenary Hee Sung pergh time ni rasa sakit hati juga tengok Ji Won yg tak habis fikir negatif pasal Hee Sung.

the real detective dalam drama ni ialah Detective Choi Jae Sup sebab instinct detektif dia sangat kuat, banyak kes dapat selesai disebabkan dia. tapi aku kecewa juga dengan Detective Choi ni sebab bila berlaku kes bunuh pembantu rumah, Detective Choi tiba-tiba senang pula percaya cakap Gong Mija dan terus arahkan pasukan polis untuk tangkap Hee Sung.

pasukan polis tahu yg Do Min Seok ada rakan jenayah lain ketika melakukan pembunuhan tapi rasanya polis tak percaya sangat dengan hint tersebut. mereka tak pernah serius nak siasat pasal benda tu. detective ni semua distracting dengan banyak benda lain terutama sekali nak tangkap Do Hyun Su a.k.a Baek Hee Sung. polis ni tak tahu yg pembunuh sebenar lagi psiko.

bagi aku, Hee Sung sebenarnya mangsa keadaan yg mana orang ambil kesempatan pada kekurangan dirinya dan juga sebab bapa dia pembunuh bersiri.


sebelum ni Moon Chae Won dan Lee Joon Go dah pernah berlakon bersama dalam Criminal Minds, so tak hairan sangat nampak mereka berdua sangat selesa bekerjasama dalam drama ni. watak Cha Ji Won dan Baek Hee Sung/ Do Hyun su agak berat tapi boleh deliver dengan baik watak masing-masing.

overall memang best layan drama ni sebab dari awal siri asyik berteka-teki siapa pembunuh dia yg sebenar. bila rahsia Baek Man Woo dan Gong Mija mula terdedah kepada penonton rasanya dah boleh tahu pembunuhnya tapi itulah nak kena tunggu sampai penghujung baru tahu connection antara pembunuh, Hee Sung dan juga Baek Man Woo dan Gong Mija.

ok satu lagi, pelakon yg bawa watak pembunuh tu pun best juga, bila dia bercakap perghh meremang wei, dia punya psiko to memang next level.

Post a Comment

42 Comments

  1. ohhh I'm so excited to watch this dramaaaa tapi tulah, nak selesaikan apa yang ada dulu

    ReplyDelete
  2. kalau org yg lakonkan watak psiko tu nampak real, mmg puas hati tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah puas tapi seram juga bila masuk scene dia..haha

      Delete
  3. urgh, stuck di episode 1 tak habis2 wei.. Bila nak sambung tengok ntah. episode satu pun rasa, kenapa baik sangat Lee Joon Gi dalam ni. takkan laa dia bunuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first episode memang dalam dilema juga, takkan hero dia jahat kan tapi kena terus tengok aien sebab jalan cerita dia makin best :)

      Delete
  4. I minat moon chae won ni lepas tengok cerita dia dengan Song Joong Ki cerita The Innocent Man. And lepas tu I perasan dia selalu bawa watak detektif/polis gitu

    ReplyDelete
  5. dah agak dah mesti keluarga mertua dia ada kaitan dgn jenayah. sebab itu x berkenan kt menantu detektif. takut rahsia terbongkar

    ReplyDelete
  6. Kawan ramai jugak yang tengok citer ini. Diaorang kata best. Cuma belum berpeluang nak sit down dan marathon terus dari epi 1 sampai last epi hehehe

    ReplyDelete
  7. Oh mcm menarik juga yea jalan ceritanya tu, nanti boleh try tengok jugak nii hehee

    ReplyDelete
  8. Haha. Terus spoiler dibaginya. Ok. Rawlins nak binge watch la this weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. not really spoiler. kena tengok dulu baru tahu rahsia dia..hehe

      Delete
  9. Ni lee yang anak cakap tu, tapi belum kesempatan nak nengok lagi.. ada jee kejenya nak di siapkan, kang tengok pun tak fokus.. scroll lelaju supaya tak nak baca review tu hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..semoga cepat selesai semua keja tu dan selamat menonton :)

      Delete
  10. Sy dah tgk cte ni abes aritu cuma kannnn saya cam tak suka ending dia haha sebab pembunuh sebenar tu cam mati senang je cam x dpt balasan setimpal hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..saya pun tak suka juga, macam senang pula pengakhiran dia lepas apa yg dia buat.

      Delete
  11. I pun follow dan suka drama nie. Lakonan Lee Joon Gi and Moon Chea Won memang mantop. Chemistry mengena.

    ReplyDelete
  12. I like how in most Korean drama, there must be one cold, aloof, snobbish mother in law. 😄

    ReplyDelete
  13. Korea memang bijak dalam tulis plot2 drama mcm ni kan... Tak dinafikan kualiti drama mereka, filem mereka makin dapat tempat dan sambutan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. kualiti drama diorang makin tahun semakin bagus :)

      Delete
  14. Best jugak jalan cerita dia ni.. Nanti naj tengok lah. Tajuk dia pon Dh best... Memang nak lene tengok cite ni.. Eksaited pulak. Malam ni marathon kdrama

    ReplyDelete
  15. Dah lama nak tengok tapi tak berkesempatan aje nak tengok Flowet of Evil ni. Sampai terbantut niat. Tapi ni dah baca review terus membuak rasa nak tengok!

    ReplyDelete
  16. menarik cerita ni.. nak tengok nt...

    ReplyDelete
  17. Dah tgk sikit... Nampak best xsbr nak habiskan tengok..hritu shooting dorg hold sbb kes covid kat sana naik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas dah complete semua episode baru saya tengok, tak tahu pula kena hold juga drama ni sebab covid.

      Delete
  18. jarang tengok cerita korea tapi sebab drama ni nampak macam menarik mmg ls ni duk tengok drama korea jelah

    ReplyDelete
  19. ok ada 16 episod kita boleh layan nnt.. hahahha kalau panjang2 ni rimas juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard drama korea selalunya 16 episode, itupun saya rasa panjang juga untuk drama triller macam ni..haha

      Delete
  20. Wahh Drama Korean lagi hehehe sorry kita bukan pecinta cerita Kpop tapi kalau ada yang best kita tonton juga yang ni nampak macam tak menarik kita tapi review kat sini kita boleh faham jalan cerita ni bagus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kpop tu muzik. saya pun tak layan kpop sekarang, saya suka tengok drama korea je..hehe. terima kasih sudi baca review saya :)

      Delete
  21. yes setuju sangat part emosi tu. Geram je bila dia tak boleh nak solve langsung untuk mana-mana kes. No wonder lah husband dia tak pernah bagitahu apa-apa tapi drama ni best lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la nak siasat malas, orang bagi pendapat tak nak dengar. lepas tu bila boleh solve kes tetiba nak bangga sendiri padahal dapat hint pun drpd detektif choi. walaupun nampak saya macam banyak complain tapi drama ni memang best..haha

      Delete
  22. Kes polis, penyiasatan dan rahsia² ni macam seronok nak tengok.

    ReplyDelete
  23. cerita yg suspen mcm ni mmg sellunya ada babak yg akan buat kita sakit ati kan hihi

    ReplyDelete
  24. Baru tengok sampai episod 2 je.. hahaha.. pastu cam stuck.. Nantilah sambung balik.. baca review nie macam best..

    ReplyDelete
  25. Mula2 saya tengok drama ni pasal nak tengok Moon Chae Won. Suka dgn gandingan dalam drama ni, saya rasa mereka serasi. Berteka teki siapalah dalang sebenar dalam drama ni, dan bila dah tahu siapa pembunuh sebenar, lagilah nak tengok sampai habis ending drama ni.
    Memang meremang tengok serial killer tu, psycho gila.

    ReplyDelete
  26. Akak baru berpeluang tengok ni hahaha geramm pulak rasa cerita ni

    ReplyDelete