Bidadari Kiriman Tuhan (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Bidadari Kiriman Tuhan (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Bidadari Kiriman Tuhan
Produksi : Opera Klasik
Pengarah : Rashid Sibir
Slot : Megadrama Astro Ria
Mula Tayangan : 25 Ogos 2020
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episode : 26
Pelakon : Mira Filzah, Zul Ariffin, Maisara Sufia, Ruminah Sidek, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Adlin Arman Ramlie

Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan pasangan kembar lakonan Mira Filzah iaitu Manis dan Manja si gadis lembam. Manis bekerja sebagai guru tabika dan cuba meringankan beban ibunya yg menjual nasi lemak serta menjaga Manja dan nenek mereka yg sedang sakit.

Bidadari Kiriman Tuhan (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Manis merancang untuk berkahwin dengan Cikgu Yusuf (Zul Ariffin), Manja yang pada mulanya dapat menerima hubungan mereka tiba-tiba membuat perangai tidak mahu Manis berkahwin kerana takut tiada orang yang menjaganya kelak. Hal ini kerana, Manja dihasut oleh Suria (Maisara Sufia) yang sudah lama tergila-gilakan Yusuf.

Dalam masa yang sama, Mak Som (Fauziah Nawi) berkenan untuk menjadikan Manis sebagai menantu untuk anaknya, Iqram (Adlin Arman Ramlie). Mak Som yakin pergi merisik Manis kerana Suria memberitahu yang Manis masih belum mempunyai teman istimewa.

Padahal waktu itu Yusuf telah memberitahu akan menghantar rombongan meminang Manis, emak dan nenek Manis sendiri telah bersetuju mahu menunggu rombongan dari Yusuf namun dek kerana terhutang budi mereka akhirnya menerima pinangan Iqram.

Pelbagai dugaan yang menimpa Manis setelah berkahwin dengan Iqram dan ada rahsia yang mengejutkan mengenai Iqram. Adakah Manis dapat menemui kebahagiaannya?

Post a Comment

9 Comments

  1. haila zul ariffin... nak tgk dia berlakon kena pujuk hati moga tak jealous hahaha
    my mom dok tgk cita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat ke dengan dia? i layan first week punya episode je. kalau best terus follow tapi tengok zul ariffin dalam drama ni hurmm..malaslah..haha

      Delete
    2. suka tapi tak la suka sampai nak fangirl..cuma suka sbb dia pandai berlakon and bersahaja.... sbb dia tak focus romantic drama ja heheeh

      Delete
  2. Alahai.. drama sedih nie kurang nak masuk..

    ReplyDelete
  3. drama rashid sibir kalau tak nangis sampai abis air mata mmg tak sah. huhu.

    ReplyDelete
  4. Done follow blog akak. GV ingatkan dah follow sebelum ini. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV memang dah follow blog akak tapi ini blog kedua, baru buat ..jgn confius..hehe

      Delete
  5. Antara drama yang dijangka hits tahun ni. Lagi2 sebab pelakon dia MF dan ZA. Kak ana pun join tgk juga sebenarnya. Hehe

    ReplyDelete