Drama : Kara Sevda (Endless Love)
Pengarah : Hilal Saral
Mula Tayangan : 14 Oktober 2015
Episod : 74
Pelakon : Burak Ozcivit, Neslihan Atagul, Kaan Urgancioglu, Orhan Guner, Nese Barkent, Zeyno Eracar, Ruzgar Aksoy, Baris Alpaykut
Kara Sevda merupakan siri yang mencipta fenomena bukan sahaja di Turki malah di peringkat global d sehingga dicalonkan dalam kategori Best Telenovela di International Emmy Award. drama ini diarahkan oleh Hilal Saral, mula ditayangkan 14 Oktober 2015 dan mempunyai dua musim.
Kara Sevda mengisahkan percintaan dua darjat antara Kemal (Burak Ozcivit) dan Nihan (Neslihan Atagul), pertemuan pertama mereka ketika di dalam bas dan bertemu kembali apabila Kemal menyelamatkan Nihan yang terjatuh ke dalam laut, kemudiannya saling jatuh cinta.
Kemal sebenarnya tak yakin dengan hubungan mereka sebab dia dari keluarga miskin tapi Nihan cakap dia sanggup tinggalkan kemewahannya untuk ikut Kemal bila tahu Kemal dapat kerja sebagai jurutera di sebuah lombong yang terletak jauh dari Instabul.
sudah tentulah kisah cinta tak semudah yang disangka apabila Nihan terpaksa menolak lamaran Kamal dan berkahwin dengan anak orang kaya pilihan emak tirinya, Emir.
sebenarnya perniagaan bapa Nihan mempunyai masalah jadi emak tirinya suruh Nihan kahwin dengan Emir sebab tawaran Emir dapat membantu keluarga mereka selain Emir pun dah lama suka pada Nihan. tapi bapa Nihan tak setuju sebab dia rasa macam jual anak sendiri dan tahu Nihan tak suka dengan Emir.
konflik berlaku apabila Ozan (adik kembar Nihan) telah membunuh seorang perempuan tanpa sengaja. Nihan tak ada pilihan lain selain terpaksa berkorban untuk keluarganya apabila Emir berjanji akan melindungi Ozan daripada ditangkap polis dan menyembunyikan semua bukti tentang pembunuhan tersebut.
sebenarnya Emir ni nampak sangat obsess dengan Nihan, aku rasa apa jadi kepada Ozan macam rancangan Emir sebab dia tahu Nihan sangat sayangkan Ozan dan sanggup buat apa sahaja untuk Ozan.
Kemal sudah menyelamatkan nyawa pemilik lombong sewaktu bekerja di situ, untuk membalas budi boss dia mahu Kemal jadi partner dan menguruskan perniagaan miliknya. selepas lima tahun, Kemal kembali ke Instabul sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai urusan perniagaan dengan Emir.
Kemal tahu siapa sebenarnya Emir tapi tak suka cara Emir berurusan sebab lelaki ini terlalu angkuh dan fikir boleh mengawal segal benda. silap besar la bila Emir cuba beri rasuah Kemal sebab cara kerja Kemal sangat bersih.
sebenarnya susah juga Kemal nak melupakan sepenuhnya Nihan kemudiannya Kemal dapat tahu rumah tangga Nihan tak bahagia dengan Emir. bolehkah Kemal menerima Nihan sedangkan wanita tersebut masih lagi memegang status isteri Emir dan adakah Kemal tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Nihan?
jangan ditanya dengan ending dia macam mana sebab aku sempat tengok sampai episod 5 sahaja, kalau rajin nanti baru nak sambung tengok. setakat ni pun aku tak pernah berjaya habiskan setiap siri turki atau dizi yang aku tengok.
aku suka tenngok drama turki sebab pelakon dia hensem dan cantik, plot awal yang menarik, cinematography macam filem dan tempat shooting yang sangat cantik. kalau tengok drama turki rasa macam time tu juga nak pergi melancong ke turki..
tapi masalahnya aku tak suka layan siri yang panjang macam ni sebab tu respect sangat pada yang boleh follow telenovela. kalau aku la tak sempat nak habiskan 10 episod pun dah start complaint, benda boleh settle awal kenapa nak panjangkan sampai 100 episode. nampak sangat aku ni tak faham permainan telenovela dan malas nak melayan masalah cinta orang lain..haha
6 Comments
Setuju, pelakon pelakon dia cantik dan handsome bergaya. Sinematography pun lawa.
ReplyDeletebetul, itu point yg saya suka dengan drama turki :)
DeleteAduh.. Pelakonnya handsome tapi bila tengok jumlah episodnya banyak sangat.. kikiki..
ReplyDeletepelakon dia hensem itu yang terjebak tengok. bila dah jemu dengan jalan cerita terus stop..haha
Deletepenah ikuti drama turki kt tv2 letihnyaaaa nk tggu smpi abis. laa ni viral drama2 dr sn... entah bla laa sy dpt layan agaknya😆
ReplyDeletekat tv tu memang tak sempat nk follow hari2. kadang lama tinggal tahu2 TV2 dah tukar drama lain pula..hahaha
Delete